[VIDEO] Teka-teki beribu ikan asyik mati di sungai yang sama akhirnya terjawab


  • Benua
  • Ahad, 19 Mac 2023

Ribuan bangkai ikan spesis Bony Hering ditemui terapung di permukaan sungai Sungai Darling. — Agensi

MISTERI kematian ribuan ikan di Sungai Darling yang terletak di bandar Menindee, Sydney, Australia akhirnya terungkai selepas penguat kuasa alam sekitar mendedahkan punca sebenar kejadian baru-baru ini.

Menurut kenyataan jabatan perancangan alam sekitar New South Wales (NSW), kematian ribuan ikan di sungai berkenaan adalah berpunca daripada kekurangan oksigen.

"Ribuan bangkai ikan (Bony Hering) ditemui terapung di permukaan sungai di antara Sungai Darling, Tasik Wetherell dan Menindee.

"Kematian adalah berpunca daripada kekurangan oksigen," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, Australian Broadcasting Corporation, pihak kerajaan sudah menghantar beberapa pegawai perikanan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Fenomena kematian ikan secara besar-besaran ini bukanlah kali pertama berlaku di situ.

Ia berikutan kematian ikan di kawasan yang sama pada 2018 dan 2019 apabila hampir sejuta ikan mati akibat aliran air yang lemah, kualiti air yang tercemar dan perubahan suhu yang mendadak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram