NEGARA yang terkenal dengan skuad bola sepak terhebat di dunia, Brazil baru-baru ini mengadakan karnival memuja syaitan di Rio De Janeiro dan Sao Paulo.
Karnival tersebut diadakan selama lima hari bermula 17 Februari hingga 21 Februari 2023.
Difahamkan, ia dianjurkan bagi 'melepas geram' selepas penularan wabak Covid-19, selain sekatan perjalanan dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.
Sepanjang karnival itu berlangsung, orang ramai dilihat menggunakan kostum bertemakan syaitan serta terdapat perarakan bersama patung besar berupa makhluk jahat tersebut.
Pada masa sama, kebanyakan pengguna media sosial mengecam karnival berkenaan dan menganggap ia merupakan satu dosa dan memalukan.
Selain itu, ada yang menganggap ia merupakan aktiviti pemujaan syaitan dan menghina Tuhan.
Ketika ia sedang berlangsung, keseronokan tersebut akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buat penduduk Brazil apabila dilanda bencana besar.
Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang di Sao Paulo.
Daripada jumlah itu, 35 maut di Sao Sebastio dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terbunuh di Ubatuba.
Datuk Bandar Sao Sebastiao, Felipe Augusto berkata, ada pasukan penyelamat yang tidak sempat tiba di beberapa lokasi disebabkan keadaan tidak terkawal.
Katanya, puluhan orang dilapor hilang dan 50 kediaman musnah akibat tanah runtuh.
Sementara itu, video tular memaparkan kawasan penempatan penduduk ditenggelami air dan hanya bumbung yang kelihatan.
Malah, orang ramai menggunakan bot kecil untuk membawa barangan dan mangsa banjir di kawasan lebih tinggi.
Pantai utara Sao Paulo merupakan destinasi pilihan buat pelancong kaya untuk berpesta, yang mahu menjauhi pesta jalanan besar-besaran di bandar besar.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat, banjir itu merupakan balasan Tuhan selepas upacara pemujaan syaitan itu dilaksanakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram