[VIDEO] Pengunjung acara keagamaan panik, lembu jantan mengamuk sondol 14 mangsa


  • Benua
  • Sabtu, 11 Feb 2023

Tangkap layar seekor lembu menceroboh masuk ke sebuah majlis agama.

SEEKOR lembu jantan bertindak di luar kawalan apabila merempuh dan menyerbu masuk ke sebuah pameran yang diadakan di Osmanabad, Maharashta, India pada Khamis.

Kira-kira 15,000 orang telah hadir dalam pameran dan program keagamaan tersebut dan serangan haiwan liar itu menyebabkan suasana bertukar kecoh apabila rata-ratanya lari menyelamatkan diri.

Seramai 14 pengunjung dilaporkan tercedera namun tiada kematian dicatatkan dalan insiden tersebut.

Susulan serangan itu, program tersebut terpaksa dihentikan susulan orang ramai terlampau panik dan cuba mendapatkan pertolongan.

Insiden serangan lembu bukan satu perkara yang baharu di India. Pada Disember tahun lalu, seorang pesara kakitangan sekolah kerajaan meninggal dunia dengan kematian yang amat menyedihkan selepas diserang seekor lembu jantan dalam kejadian ngeri yang berlaku di Kota Rajasthan, India.

Terdahulu, seorang penjinak lembu berusia 24 tahun, Aravindraj, yang menangkap sembilan ekor lembu jantan dalam acara 'Jallikattu' di kawasan Palamedu di Tamil Nadu, Madurai, India dilaporkan meninggal dunia pada 16 Januari lalu.

Dalam kejadian yang sama, seorang penonton telah ditanduk seekor lembu jantan semasa acara tersebut diadakan di daerah Trichy, India dan mangsa yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram