[VIDEO] Guru 'backhand' pelajar hisap rokok, wakil rakyat suruh ibu bapa minta maaf


  • Benua
  • Sabtu, 04 Mac 2023

Tangkap layar seorang pelajar ditampar guru selepas ditangkap merokok dalam kelas.

SEORANG guru mengundang perhatian warganet apabila bertindak menampar pelajarnya selepas didapati merokok dalam kelas di sebuah sekolah dekat Garut, Jawa Barat, Indonesia pada Jumaat.

Meskipun perbuatan itu didakwa agak kasar, namun rata-rata netizen mempertahankan tindakan guru tersebut susulan kesalahan pelajar berkenaan dikatakan lebih berat.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Garut, Yudha Puja Turnawan sebaliknya mensarankan agar pihak keluarga pelajar terbabit tampil memohon maaf kepada pihak sekolah.

"Saya mempertahankan tindakan guru tersebut kerana ia memang satu kesalahan merokok di dalam kelas," ujarnya.

Yudha turut berkata bahawa pelajar terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang dibuang sekolah agar kejadian serupa tidak berulang lagi.

"Pelajar itu boleh dibuang sekolah, dia cuma perlu cari sekolah lain selepas ini," katanya.

Dalam masa sama, Yudha juga tidak menggalakkan keganasan guru terhadap pelajar di sekolah.

Pelajar terbabit difahamkan sering menimbulkan masalah dan kejadian itu disahkan sendiri oleh pengetua sekolah berkenaan, Asep Dadang Siswa.

Kes berkenaan telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua belah pihak dan sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai hukuman terhadap pelajar tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram