[VIDEO] Gara-gara rebut harta, lelaki warga emas sanggup tembak kemaluan anak saudara sendiri


  • Benua
  • Isnin, 27 Feb 2023

Tangkap layar video suspek menembak kemaluan mangsa selepas dia dicabar. — Agensi

SEBUAH klip video tular di media sosial India memaparkan perbuatan seorang lelaki warga emas menembak kemaluan anak saudaranya sendiri kerana pertikaian melibatkan harta, lapor India.com baru-baru ini.

Tertuduh yang dikenali sebagai Bhaga, dilaporkan menembak kemaluan anak saudara lelakinya dalam kejadian di bandar Ajmer, negeri Rajasthan, India.

Bhaga melepaskan tembakan selepas dicabar mangsa, Hameed alias Mehboob yang kemudian dikejarkan ke Hospital Kerajaan Amritkaur selepas keadaannya menjadi semakin parah.

Video yang tular di Twitter itu dirakam sendiri oleh mangsa pada Khamis lalu.

Pertengkaran bermula apabila Bhaga didakwa mengambil pasir dari tanah Hameed tanpa kebenaran.

Selepas dicabar Hameed, Bhaga mengacukan senapang ke arah kemaluan mangsa tanpa berfikir panjang dan melepaskan tembakan.

Difahamkan polis masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram