Naik kapal bersama, lelaki berjaket tiba-tiba angkat dan campak isteri ke laut


  • Benua
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Tangkap layar video insiden yang berlaku di atas kapal itu.

SEORANG suami telah mengangkat isterinya sebelum mencampaknya ke laut dari atas kapal yang sedang menuju ke Pelabuhan Bakauheni, Kampung Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Video berdurasi 38 saat tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di dek kapal KMP Shalem dan tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, peristiwa tersebut berlaku pada Rabu yang mana ketika itu, KMP Shalem dalam perjalanan membawa penumpang dari Pelabuhan Merak menuju Bakaheuni Lampung.

Dalam video tersebut, seorang wanita yang didakwa isteri kepada lelaki tersebut, sedang berjalan di atas kapal tersebut.

Wanita yang membawa beg tangan, dilihat berhenti di kawasan yang menempatkan beberapa kerusi untuk penumpang kapal tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang mengenakan jaket, dipercayai suami kepada wanita terbabit menghampirinya.

Tiba-tiba, lelaki tersebut mengangkat wanita berkenaan sebelum mencampaknya ke laut.

Memetik laporan Wargakotalive.com, wanita tersebut bernasib baik kerana pakaiannya tersangkut pada bahagian kapal ketika dia dicampak ke laut.

Melihat kejadian itu, penumpang terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan.

Situasi berkenaan dapat dilihat menerusi rakaman yang tular apabila penumpang kapal bergegas menghampiri pasangan itu dan cuba menghentikan tindakan lelaki tersebut.

Berdasarkan suara penumpang yang terdapat pada rakaman tersebut, lelaki terbabit dikatakan berniat mencampakkan isterinya ke laut dengan sengaja.

Ketua Polis Sektor Kawasan Pelabuhan Bakauheni, Ridho Rafika telah mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun dia memaklum kronologi insiden berkenaan tidak dilaporkan kepada pihaknya dan segala perincian hanya diketahui oleh pengemudi kapal tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram