CCTV rakam aksi berani jururawat selamatkan bayi elak jadi korban gempa bumi


  • Benua
  • Isnin, 13 Feb 2023

Tangkap layar video memaparkan aksi jururawat tersebut ketika cuba menyelamatkan bayi-bayi yang berada di dalam ICU.

DUA jururawat berusaha bermati-matian demi menyelamatkan nyawa bayi yang baru lahir, ketika bencana gempa bumi di Turkiye baru-baru ini.

Video tular itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Gaziantep.

Dalam video berdurasi 48 saat itu, kedua-dua jururawat itu bergegas memasuki unit rawatan rapi neonatal (NICU) sebaik sahaja menyedari gegaran.

Devlet Nizam dan Gazwl Caliskan dilihat memegang inkubator yang menempatkan bayi-bayi tersebut dengan kuat, bagi menghalang mereka terjatuh atau tercedera.

Video berkenaan dikongsi di laman Twitter oleh ahli politik Turkiye, Fatma Sahin.

Isnin minggu lalu, beberapa kawasan di Turkiye dan Syria dilanda gempa bumi dahsyat dan menyebabkan lebih 34,000 orang terbunuh termasuk meranapkan ribuan kediaman.

Dengan jumlah kematian setakat ini sebanyak 29,605 di Turkiye, ia merupakan gempa bumi paling dahsyat di negara itu sejak 1939.

Sekurang-kurangnya 4,574 orang meninggal dunia di Syria berdasarkan angka terkini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram