Polis nyanyi lagu selamat hari jadi, pencuri bangun tidur tersenyum keriangan


  • Benua
  • Ahad, 12 Feb 2023

Tangkap layar video polis (kiri) memegang tangan suspek ketika mereka menyanyikan lagu hari lahir dalam insiden di Indonesia baru-baru ini.

SEBUAH video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa anggota polis menyanyikan lagu selamat hari lahir ketika membangunkan seorang penjenayah yang sedang tidur, lapor Suara.com baru-baru ini.

Video itu berjaya dirakam menerusi telefon pintar salah seorang individu dan dimuat naik dalam Instagram oleh @fakta.indo.

Berdasarkan rakaman video tersebut, beberapa anggota polis yang berada di lokasi kejadian berjaya menangkap seorang penjenayah dengan memberikan ‘kejutan’ ketika mengangkat suspek.

Suspek kelihatan terpinga-pinga ketika dia dikejutkan dan ditahan oleh beberapa anggota polis yang menyamar dengan berpakaian seperti orang awam.

Suspek dilihat tersenyum apabila polis menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya.

Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, lelaki itu merupakan suspek kes mencuri barangan besi dan tangkapan dibuat di sebuah premis kafe siber di Sumatera Selatan, Indonesia.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rakaman video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

"Bangun pagi dah ada orang menanyikan lagu hari jadi, siapa tak gembira kena kejutan macam itu," kata salah seorang pengguna.

"Teruja betul dia bila polis itu datang tangkap sambil nyanyi lagu hari jadi," ujar pengguna lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram