Tanda tanya objek terapung di Lautan Pasifik terjawab, polis New Zealand rampas dadah lebih RM1.2 juta


  • Benua
  • Rabu, 08 Feb 2023

Menurut polis New Zealand ia merupakan rampasan terbesar dadah haram oleh pihak berkuasa di negara itu. — Agensi

PIHAK berkuasa New Zealand telah menemui 3.2 tan kokain bernilai lebih RM1.2 juta ($300 juta) dipercayai menuju ke Australia dalam keadaan terapung di laut pada Rabu.

Polis New Zealand dalam satu kenyataan berkata, bahawa mereka berjaya mengumpul dadah dari Lautan Pasifik dalam operasi bersama Perkhidmatan Kastam New Zealand dan Angkatan Pertahanan New Zealand.

Pihak berkuasa New Zealand turut mengesahkan belum ada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak mereka

"Ia adalah satu daripada rampasan terbesar dadah haram oleh pihak berkuasa di negara ini.

"Walaupun ini mengganggu operasi sindiket, kami tetap berwaspada memandangkan kumpulan ini akan menjadi perhatian penguatkuasa undang-undang," kata Pesuruhjaya Polis Andrew Coster.

Rampasan itu mempunyai nilai lebih RM1.2 juta ($320 juta), menurut Pemangku Pengawal Perkhidmatan Kastam New Zealand, Bill Perry. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram