
POLIS menahan seorang penyanyi jalanan berusia 53 tahun kerana mendera anak kandungnya di Taman Sari, Jakarta Barat, Indonesia.
Kejadian melibatkan mangsa yang berusia 10 tahun itu berlaku di depan Muzium Bank Mandiri pada Sabtu kira-kira pukul 11.30 malam.
Ketua Polis Taman Sari, Rohman Yonky Dilatha mengesahkan kes tersebut dan memaklumkan suspek telah ditahan pada Rabu.
Menurut Rohman, kejadian berlaku ketika mangsa dan ibunya yang berusia 44 tahun sedang berada di depan muzium tersebut.
"Tak lama kemudian, suspek telah menghampiri mangsa dan isterinya. Suspek telah menegur isteri dan mangsa mengapa mereka tidak pulang walaupun sudah tengah malam.
"Namun, isterinya tidak mengendahkan pertanyaan itu. Berang dengan hal tersebut, suspek telah bertindak memukul isteri dan anaknya dengan menggunakan gitar ukulele," katanya.
Jelasnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dengan kesan melecet dan lebam di bahagian pipi kanan.
"Suspek ditahan di kediamannya pada Rabu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,