[VIDEO] Satu skuad bola sepak panik, bas dibaling objek misteri selepas aksi panas


  • Benua
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Tangkap layar memaparkan salah seorang pemain Arema FC selepas kejadian bas mereka dibaling objek oleh sekumpualn individu yang tidak dikenali.

CERMIN bas yang membawa skuad Arema FC pecah dipercayai akibat dibaling objek misteri oleh sekumpulan individu tidak dikenali selepas perlawanan menentang pasukan PSS Sleman pada Khamis.

Difahamkan, bas tersebut diserang ketika cuba keluar daripada perkarangan Stadion Maguwoharjo Sleman Yogyakarta, Indonesia.

Melalui satu rakaman video dimuat naik di halaman Twitter @idextratime, tingkap kiri bas tersebut dilihat pecah.

Beberapa individu yang berada dalam kenderaan itu juga kelihatan panik sambil menunjuk ke arah kaca yang bertaburan di kerusi dan lantai.

"Teruk ini, teruk," kata salah seorang daripada mereka.

Dalam kejadian tersebut, dilaporkan beberapa orang pemain Arema FC dilaporkan tercedera dalam insiden berkenaan.

Pada perlawanan tersebut, Arema FC mengalami kekalahan kepada PSS Sleman dengan skor 0-2.

Gol pertama disumbangkan oleh pemain tuan rumah, Irkham Milla pada minit ke-36 manakala jaringan kedua dihasilkan Yevhen Bokhashvili.

Arema FC sendiri kini berada dalam kedudukan tercorot liga selepas empat perlawanan terakhirnya dalam BRI Liga 1 berakhir dengan kekalahan.

Selain itu, beberapa pemain turut menarik diri daripada mewakili kelab selepas tragedi Stadium Kanjuruhan yang meragut ratusan nyawa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram