DUA lelaki bertindak nekad melarikan sebuah kerusi dari taman rekreasi di Kota Pematang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini walaupun hampir dicekup penduduk kampung.
Dalam sebuah video tular berdurasi 29 saat itu, kedua-dua lelaki berkenaan dilihat membawa kerusi tersebut dengan menaiki sebuah motosikal.
Difahamkan, mereka mencuri kerusi itu dari Dataran Adam Malik, Kota Pematang Siantar, Indonesia pada waktu malam.
Penduduk yang menyedari kejadian tersebut bertindak pantas mengejar sambil merakam kedua-dua suspek.
Malah turut kedengaran jeritan "pencuri, awak pencuri, rakam video pencuri!" dari orang ramai yang mengejar mereka.
Panik dikejar orang kampung, suspek kemudiannya terus memecut laju sebelum mula hilang kawalan dan terjatuh di tengah jalan.
Namun kedua-dua suspek melawan daripada dicekup, menyebabkan beberapa penduduk kampung bertindak membiarkan mereka berdua melarikan diri.
Ketua Perhubungan Awam Polis Siantar, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Rusdi Ahya menjelaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut. Namun masih belum ada sebarang maklumat terperinci dilaporkan berhubung kejadian itu setakat ini.
Dalam pada itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Siantar juga difahamkan sedang melakukan siasatan berkenaan kecurian tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram