Diogo buka pekung, akui babak akhir bersama kelab Thailand kurang indah


  • Podium
  • Isnin, 23 Jan 2023

Diago Luis Santo yang dahulunya pernah berjuang untuk BG Pathum United kini beraksi sebagai pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) FC.

PENYERANG baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santos memberikan respons terhadap kenyataan Presiden BG Pathum United, Pavin Bhirombhakdi di Facebook U Football.

Presiden pasukan bola sepak terkemuka negara Gajah Perang itu mendedahkan bahawa mereka mahu mengekalkan khidmat Diogo sehingga habis musim. Namun, penyerang Brazil itu mahu menamatkan kontrak lebih awal meskipun jurulatih telah ditukar.

Sebelum ini, Diogo difahamkan mempunyai masalah dengan jurulatih lama kerana tidak diberikan tempat utama dalam skuad. Difahamkan situasi itu telah menyebabkan nama beliau tidak tersenarai dan kontraknya dikatakan telah ditamatkan serta merta pada bulan November tahun lalu.

Bagaimanapun Diogo menyangkal sendiri kenyataan tersebut di ruangan komen Facebook U Football.

WhatsApp Image 2023-01-23 at 1.04.51 PM

Pemain sayap yang merupakan kelahiran Brazil itu menyatakan bahawa penyokong perlu tahu perkara sebenar. Beliau mahu kelab bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara yang berlaku.

“Kelab patut malu dengan apa yang dilakukan kepada saya, mereka sepatutnya lebih menghormati peminat, orang tidak tahu walau 10 peratus apa yang berlaku. Oleh itu, demi bola sepak, Thailand harus lebih telus,” katanya di ruangan komen Facebook U Football.

Komen tegas Diogo telah mendapat lebih 1 juta perhatian dan 61 balasan.

Diogo menganggap tindakan BG Pathum yang tidak jujur dalam situasi sebegini adalah tidak profesional.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram