[VIDEO] Lelaki 'bertudung' ceroboh rumah tumpangan wanita, cubaan curi coli kantoi di pagi buta


  • Benua
  • Ahad, 22 Jan 2023

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita ditangkap ketika cuba mencuri baju dalam di sebuah ruamah tumpangan. — Agensi

SEBUAH klip video tular di laman media memaparkan situasi seorang lelaki ditangkap selepas menyamar seperti wanita untuk mencuri pakaian dalam di sebuah rumah tumpangan yang dihuni kaum hawa.

Kejadian itu berlaku dekat Jalan Sugiwo Dalam, Krapyak di Semarang Barat, wilayah Jawa Tengah, Indonesia pagi Khamis lalu dan dimuat naik semula melalui akaun Instagram @terang_media pada Jumaat.

Dalam video tersebut memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai wanita yang memakai pelitup muka hitam, berbaju hitam dan bertudung bertindak mencuri pakaian dalam.

Bagaimanapun, cubaanya untuk mencuri pakaian dalam itu akhirnya kantoi selepas perbuatannya disedari beberapa penghuni rumah tumpangan berkenaan.

Memetik laporan media antarabangsa tvonenews, suspek berjaya ditangkap oleh penghuni rumah tumpangan berkenaan kira-kira pada pukul 3 pagi.

Setakat berita ini ditulis, suspek kini berada dalam tahanan polis dan akan didakwa atas kesalahan jenayah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram