Presiden Ukraine dakwa Putin meninggal dunia akibat kanser pankreas


  • Benua
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Vladimir Putin (kanan) dan Volodymyr Zelenskyy.

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa seterunya, Vladimir Putin mungkin sudah meninggal dunia dalam satu ucapan pelik, lapor Metro pada Jumaat.

Zelenskyy memberitahu pemimpin-pemimpin dunia di Forum Ekonomi Dunia di Switzerland menerusi persidangan maya bahawa beliau tidak pasti siapa yang membuat keputusan di Kremlin, Rusia.

Beliau mengulangi dakwaan bahawa penampilan Putin baru-baru ini dipalsukan dengan menggunakan kesan khas di televisyen.

Khabar angin berkisar selama berbulan-bulan lalu mengenai tahap kesihatan Putin, 70, yang dikatakan merosot ekoran mukanya yang kelihatan aneh dan kakinya yang menggeletar.

Dokumen perisik yang dibocorkan kepada media seolah-oleh mengesahkan Putin menghidap kanser pankreas dan penyakit Parkinson peringkat awal.

Ukraine sebelum ini menyatakan bahawa Rusia menggunakan seseorang yang menyamar menjadi Putin dan pada awal bulan ini, ketua perisik negara itu mendakwa beliau akan meninggal dunia tidak lama lagi akibat kanser.

Bagaimanapun, Moscow menafikan kenyataan Zelenskyy dengan menyatakan bahawa Presiden Rusia itu masih lagi hidup. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram