Malaysia Madani, bintang Hollywood terlibat kes bunuh antara kata kunci trending hari ini


  • Relaks
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Malaysia Madani berteraskan enam teras utama sebagai langkah mengangkat semula martabat negara.

BERDASARKAN hasil carian Majoriti, berikut adalah antara kata kunci trending hari ini:

1. Malaysia Madani

Kata kunci ini menjadi trending sejak Khamis selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan 'Malaysia Madani' sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

Maksud madani itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan.

Madani menyentuh pencorakan masa depan dan memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan:

1. Ekonomi

2. Kewangan

3. Perundangan

4. Pendidikan

5. Kemasyarakatan

6. Budaya

7. Bandar

8. Luar Bandar

Menurut Anwar, konsep ini mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai, akhlak serta tata kelola yang adil dan berkesan.

2. Noni Madueke

Bintang muda bola sepak England, Noni Madueke menjadi bahan bualan peminat apabila dia melengkapkan jendela perpindahan ke Chelsea

Pemain PSV Eindhoven berusia 20 tahun itu diharapkan dapat mengembalikan prestasi Chelsea sebagai pasukan ternama.

Chelsea mempersetujui untuk mengikat Madueke dengan nilai lebih RM162 juta.

skysports-noni-madueke-psv_5297687

Madueke diharapkan dapat memulihkan prestasi pasukan Chelsea. Agensi

Sebelum ini, kelab kendalian Graham Potter telah merekrut lima pemain lain iaitu Mykhailo Mudryk, David Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile serta Joao Felix yang dibawa masuk dengan status pinjaman.

Madueke pernah menimba ilmu di akademi Crystal Palace dan Tottenham.

Sejak melakukan debut pada 2020, Madueke menjadi tumpuan banyak kelab besar berikutan rekodnya yang cemerlang.

Pemain yang beraksi di posisi sayap itu berhasil menjaringkan 20 gol dan 14 hantaran sepanjang dia bergelar pemain bola sepak profesional.

3. Alec Baldwin

Seterusnya kata kunci yang trending adalah Alec Baldwin.

Nama pelakon dan penerbit filem Amerika, Alec Baldwin menjadi trending apabila dia bakal didakwa atas pertuduhan menembak mati ahli sinematografi, Halyna Hutchins, 42 dan mencederakan pengarah, Joel Souza, 49.

Baldwin dipercayai melepaskan tembakan daripada pistol prop di set penggambaran filem baharunya bertajuk Rust.

Kejadian tembakan itu berlaku pada 2021 di New Mexico Santa Fe County, Amerika Syarikat.

Screenshot 2023-01-20 160610

Baldwin bakal didakwa atas pertuduhan menembak mati Hutchins. Agensi

Rust ialah filem arahan Souza dan Baldwin turut membintanginya.

Terdahulu, Baldwin pernah membintangi filem Tim Burton's Beetlejuice, Mike Nichols' Working Girl, Jonathan Demme's Married to the Mob, dan Oliver Stone's Talk Radio.

Peguam Daerah New Mexico, Mary Carmack-Altwies dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati ada bukti yang cukup untuk memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Baldwin dan ahli kru filem Rust yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram