SEKURANG-KURANGNYA dua orang maut manakala puluhan lagi cedera dalam insiden pijak-memijak ekoran rempuhan manusia di sebuah stadium di Basra, Iraq pada Khamis.
Pejabat Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam kenyataannya kepada Al-Jazeera berkata, terdapat 80 orang lain turut cedera dalam kejadian tersebut.
Kejadian itu berlaku ketika Iraq bakal bertemu dengan Oman dalam perlawanan akhir Piala Negara Teluk pada Khamis.
Puluhan penyokong tanpa tiket sebelum itu telah berkumpul di luar stadium sejak awal pagi dengan harapan untuk menonton perlawanan antarabangsa itu.
Seorang jurugambar media dalam stadium tersebut berkata, ketika insiden rempuhan itu berlaku, pintu kawalan di stadium tersebut masih belum dibuka.
Untuk rekod, kejohanan yang bermula sejak 6 Januari itu mengumpulkan enam buah negara teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram