Malaysia Madani pilihan PMX, ketahui slogan tonjol kepimpinan negara terdahulu


  • Massa
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Anwar memperkenalkan Malaysia Madani sebagai cerminan kepada pentabirannya.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu memperkenalkan slogan terbaharu kepimpinannya iaitu Malaysia Madani.

Malaysia Madani menurut Anwar merupakan langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

Setiap huruf dalam Madani membawa maksud tersendiri iaitu M (kemampanan); A (Kesejahteraan); D (Daya Cipta); A (Hormat); N (Keyakinan) dan I (Ihsan).

Anwar bukan pemimpin utama negara yang memperkenalkan slogan sebagai cerminan kepada pentadbirannya dan pendekatan ini dilihat bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut adalah slogan yang pernah digunakan pemimpin utama negara.

Malaysia former Prime Minister Mahathir Mohamad waves after a press conference at his office of Perdana Foundation in Putrajaya, Malaysia, on Monday, May 18, 2020. Mahathir slammed the government for using the pandemic as an excuse to block parliament from sitting. The king in his speech urged lawmakers not to stir up another political crisis but to focus on the people's welfare amid the virus outbreak. (AP Photo/Vincent Thian)

Bersih Cekap dan Amanah

Slogan Bersih, Cekap, Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamed pada April 1982 dan menjadi satu dasar yang menjadi amalan kepada semua negara.

Dasar ini menjadi perhatian bukan sahaja dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga beberapa kali menjadi kritikan sosial dalam filem seperti Mekanik dan Matinya Seorang Patriot.

Slogan ini juga bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat yang benar-benar bertamadun dan mempunyai moral sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi.

804196

Islam Hadhari

Islam Hadhari diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 dalam perhimpunan Agung Umno (PAU) ke 55.

Menerusi pelaksanaan Islam Hadhari, beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah contoh kepada negara Islam.

Selain itu, beliau juga mahu melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif Islam Hadhari pula adalah melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

1681731

1Malaysia

Sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau memperkenalkan 1Malaysia pada 2009.

Aspek utama 1Malaysia adalah untuk membentuk sikap saling hormat menghormati terutamanya dalam melibatkan masyarakat majmuk dalam negara.

Turut diperkenalkan bersama 1Malaysia adalah slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

1Malaysia pernah menjadi isu apabila ada yang mengaitkannya dengan konsep One Israel sehingga terpaksa dinafikan oleh Najib.

Special Interview with Prime Minister Tun Mahathir Mohamad at Yayasan Al Bukary.AZHAR MAHFOF/The Star

Malaysia Baharu

Malaysia Baharu merupakan slogan yang diperkenalkan selepas Pakatan Harapan (PH) memacu kepimpinan negara buat pertama kali pada 2018.

Ketika itu, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dalam sejarah kepimpinan negara.

Pelaksanaan Malaysia Baharu juga disifatkan hasil daripada usaha untuk membaiki apa yang telah rosak di negara ini dan untuk mengulangi lagi kejayaan serta pencapaian negara yang pernah dicapai sebelum ini.

PUTRAJAYA, 2 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat secara persidangan video bersama wakil peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangunan Perdana Putra hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARAPUITRAJAYA, April 2 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin chairing a meeting via teleconferencing with Goverment Link Companies (GLC) representatives at Perdana Putra today.--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Kerajaan Prihatin

Ketika bergelar Perdana Menteri pada Februari 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan slogan Kerajaan Prihatin sebagai dalam pentadbirannya.

Fokusnya ketika itu adalah untuk menjaga kebajikan rakyat terutamanya ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Antara yang diperkenalkan di bawah Kerajaan Prihatin adalah pelbagai jenis bantuan seperti Bakul Prihatin Negara, Jaringan Prihatin, Gerai Prihatin Rakyat dan banyak lagi.

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Keluarga Malaysia

Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri pada Ogos 2021 yang bertujuan untuk menolak perbezaan serta memulihkan negara selepas pandemik Covid-19.

Konsep ini dipilih kerana bersifat inklusif, dekat dengan rakyat dan menunjukkan satu nilai prihatin serta kasih sayang semua ahli keluarga besar negara.

Keluarga Malaysia juga menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran selain 20 lagi nilai dasar yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram