[VIDEO] Barista hampir diculik pelanggan di tingkap 'drive-thru'


  • Benua
  • Rabu, 18 Jan 2023

Tangkap layar video tular memaparkan suspek cuba menarik tangan mangsa.

SEORANG barista berdepan mimpi ngeri apabila hampir diculik di sebuah kedai kopi pada Isnin lalu.

Menerusi video tular, seorang pelanggan pada mulanya dilihat melakukan transaksi pembayaran di tingkap pandu lalu premis berkenaan.

Ketika berhenti di kaunter pembayaran, pelanggan itu tidak semena-mena menarik tangan barista yang sedang bertugas untuk masuk ke dalam keretanya.

Nasib menyebelahi barista tersebut apabila dia berjaya menyelamatkan diri daripada diculik oleh pelanggan terbabit.

Mangsa dilihat menarik tangannya kembali ke dalam tingkap dan menutupnya, sebelum pelanggan itu berlalu pergi.

Menurut polis, insiden tersebut berlaku di kedai kopi terletak di blok 2200 Auburn Way di Auburn, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira pukul 5 pagi.

Hasil daripada maklumat orang ramai, suspek sudah pun ditahan pada Selasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram