
SEORANG lelaki gagal mengawal perasaan apabila wanita yang dicintai enggan lagi hidup semati bersamanya.
Disebabkan itu, dia nekad untuk memandu sebuah trak sampah berwarna putih dan merempuh kediaman isterinya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Mangsa, Patricia Dunn memberitahu suaminya, Ronald Lee Dunn berbuat demikian selepas dia memfailkan penceraian.
"Bagaimanakah seorang lelaki sanggup berbuat begini? Dia cuba untuk membunuh saya.
"Rumah ini saya tidak mahukan lagi. Saya ingin menjualnya dan sudah tidak selesa lagi tinggal di sini. Bimbang dia mungkin akan kembali pada masa akan datang," terangnya.
Selain rumah, Lee Dunn turut cuba merosakkan beberapa buah kenderaan di kawasan berhampiran kediaman rumah Patricia.
Disebabkan tidak berpuas hati kerana hanya berlaku sedikit kerosakan, dia kemudian memilih untuk menggunakan trak.
Menurut Jabatan Syerif Daerah Los Angeles, kejadian itu berlaku sekitar 30 minit dan diletakkan di bawah kesalahan jalan lalu lintas dan bukannya jenayah.
Disebabkan kesalahan itu, pihak penguatkuasa mengeluarkan notis kesalahan vadalisme kepada Lee Dunn. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram