SEKURANG-KURANGNYA 16 orang termasuk Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denys Monastyrsky dan beberapa orang pegawai tertinggi kementerian terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di luar ibu kota Kyiv di ibu kota Brovary, Ukraine pada Rabu.
Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Ukraine, Ihor Klymenko.
Sementara itu, Gabenor wilayah Kyiv, Oleksiy Kuleba berkata, helikopter berkenaan terhempas berhampiran sebuah tadika dan kediaman penduduk.
Tragedi itu juga turut mengorbankan dua orang kanak-kanak. 10 mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital. — Reuters
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram