[VIDEO] Polis tahan pasangan kekasih berpelukan, bercumbu atas motor


  • Benua
  • Rabu, 18 Jan 2023

Tangkap layar sepasang kekasih saling berpelukan dan bercumbuan ketika menunggang motosikal.

SEPASANG kekasih ditahan polis selepas didakwa bermesra-mesraan dan bercumbuan ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya dekat Hazratganj Lucknow, India baru-baru ini.

Insiden itu dirakamkan salah seorang pemandu yang merupakan saksi kejadian.

Timbalan pesuruhjaya polis tambahan, Zon Tengah, Rajesh Srivasta berkata, berdasarkan siasatan dan pengawasan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penunggang lelaki itu dikenali sebagai Vikki.

Pasukan polis menangkap lelaki berkenaan di kediamannya sekitar bandar Chinhat dan suspek dihukum di bawah pertuduhan melakukan perbuatan lucah (294) dan memandu secara terburu-buru (279) Kanun Keseksaan India.

Dalam pada itu, gadis tersebut tidak didakwa kerana merupakan pelajar bawah umur.

Ketika kejadian, gadis tersebut dilihat sedang leka memeluk sambil mencium penunggang lelaki berjaket hitam berkenaan.

Kedua-dua individu terbabit tidak memakai topi keledar dan penunggang terbabit dilihat menunggang dalam keadaan berbahaya.

Susulan kejadian itu, orang ramai menggesa agar pihak polis mengambil tindakan keras terhadap si pelaku dengan segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram