SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya merupakan ahli kongsi gelap menimbulkan kekecohan apabila didakwa menahan dan memukul seorang pemandu lori di Hong Kong baru-baru ini.
Ketika kejadian, tertuduh yang memandu kereta mewah jenama Porsche itu dilihat keluar dari kenderaannya dan meluru ke arah pemandu bas berkenaan sambil menjerit dan mencaci.
Lelaki bertopi dan berbaju putih itu kemudiannya mengetuk tingkap pemandu bas tersebut dan mengancam untuk menyakiti pemandu tersebut.
Menyedari perbuatannya sedang dirakam, lelaki berkenaan kemudiannya memukul dan menolak telefon pintar itu.
Susulan video tular berkenaan, pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan individu terbabit atas dakwaan melakukan keganasan selain turut memiliki dadah jenis kokain seberat 1.7 kilogram (kg).
Ketua Inspektor, Wong Chi-tang berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan sehingga 10 Mac depan termasuk mengenal pasti penglibatannya dalam sebuah kumpulan kongsi gelap seperti didakwa.
"Lelaki itu tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain selain turut mengabaikan undang-undang dan ketenteraman dengan mendakwa dirinya sebagai anggota kongsi gelap," ujarnya.
Menerusi kenyataan polis Hong Kong di laman Facebook, suspek didakwa dengan pertuduhan ugutan jenayah, kesalahan mengaku sebagai ahli kongsi gelap, memandu tanpa lesen dan dua pertuduhan kerana mengedar dadah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram