Budak sekolah ketagih curi pakaian dalam, akhirnya masuk perangkap penduduk


  • Benua
  • Khamis, 12 Jan 2023

Pencuri pakaian dalam rupa-rupanya merupakan seorang pelajar sekolah. — Gambar hiasan

SEORANG pelajar sekolah ditahan warga setempat selepas kantoi mencuri pakaian dalam di Kranji, Kota Bekasi, Indonesia pada Selasa.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila penduduk sekitar melakukan rondaan keselamatan selepas banyak kehilangan pakaian dalam dilaporkan.

Sebelum ini, warga sekitar cuba menahan pelaku tersebut namun suspek berjaya melarikan diri.

Namun, pelaku akhirnya berjaya ditahan warga sekitar semasa suspek sekali lagi cuba mencuri pakaian dalam pada Selasa malam.

Ketua Kampung Kranji, Isnaini berkata, penangkapan pencuri tersebut hasil daripada perangkap yang dibuat oleh warga kampung.

Menurut lapor TribunNews, pelaku hanya mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur pada waktu yang sama, iaitu selepas Maghrib.

Selain itu, pelaku juga hanya akan melakukan kegiatan anehnya selang dua hari.

Setakat ini, sebanyak 10 helai pakaian dalam wanita yang dicuri oleh pelajar sekolah tersebut.

Motif pelaku dilaporkan hanya sekadar suka-suka, ada yang disimpan malah ada dibuang ke sungai.

Oleh sebab pelaku merupakan bawah umur, maka Isnaini bertindak melakukan surat perjanjian tingkah laku bersama orang tua pelaku agar kejadian tersebut tidak berulang.

Pada September tahun lalu, seorang lelaki turut ditangkap atas perbuatan yang sama, iaitu mencuri pakaian dalam wanita di Cilandak, Jakarta, Indonesia.

Perbuatan suspek terbongkar susulan rakaman yang dibuat oleh mangsa sendiri dan video tersebut tular di media sosial melalui akaun Instagram @MerekamJakarta.

Mangsa bertindak nekad merakamkan kegiatan lelaki itu setelah kerap kehilangan pakaian dalam

Melalui rakaman tersebut, pelaku itu berjaya ditangkap dan suspek mengaku sering mencuri pakaian dalam milik mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pencuri, spender, Pakaian dalam, Indonesia, Benua