[VIDEO] Pencuri masuk kedai telefon akhirnya gelabah disapa pemilik


  • Benua
  • Selasa, 10 Jan 2023

Tangkap layar video memaparkan kejadian ketika kedai telefon bimbit itu diterjah masuk oleh pencuri.

SEORANG pemilik kedai telefon bersikap bersahaja apabila mendapati premisnya dimasuki seorang pencuri dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video tular, premis tersebut dilihat sudah tutup, manakala pemilik kedai berkenaan berada di kaunter sebelum seorang lelaki menerjah masuk secara tiba-tiba.

Separuh badan pencuri terbabit yang sudah berada di dalam kedai membuatkan pemilik premis itu terkejut.

Bersikap tenang, pemilik premis itu bagaimanapun dilihat tidak menjerit atau panik, sebaliknya menyapa pencuri terbabit dengan tenang.

Terkejut dan menggelabah dengan sapaan itu, pencuri terbabit dilihat keluar dari premis itu serta-merta.

Pemilik kedai itu juga dilihat menghubungi seseorang menggunakaan telefon bimbit.

Insiden tersebut yang dipercayai berlaku di Indonesia sempat dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram