PESTA makanan boleh menjadi salah satu tarikan pelancong yang bukan sahaja dapat mempromosikan hidangan menarik, tetapi turut meningkatkan ekonomi negara.
Disebabkan berhadapan dengan masalah ekonomi, Pakistan mengadakan acara tersebut bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Namun, pengunjung Festival Makanan Karachi yang hadir dikejutkan dengan aksi dua wanita bertumbuk dan saling bertarik rambut pada Isnin.
Rakaman dua wanita bergaduh saling bertumbuk dan menarik rambut antara satu sama lain.
Meskipun insiden itu berlaku di tengah-tengah kawasan jualan, kelihatan pengunjung lain tidak berganjak dan hanya memerhatikan pergaduhan mereka itu.
Berdasarkan rakaman yang tular, kelihatan seorang ibu yang meriba anak kecil hanya melihat kejadian itu tanpa berganjak sedikit pun.
Pergaduhan antara dua wanita itu cuba dileraikan oleh kenalan mereka yang turut hadir ke acara berkenaan.
Bagaimanapun tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun difahamkan keterangan kedua-dua wanita terbabit sudah diambil pihak berkuasa bagi membantu siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram