[VIDEO] Penunggang motosikal jatuh tergolek kena 'hentam' objek terbang di lebuh raya


  • Benua
  • Ahad, 08 Jan 2023

Keadaan seorang penunggang yang jatuh daripada motosikalnnya selepas terkena objek misteri.

KEMALANGAN jalan raya boleh dielakkan dengan cara pemanduan secara hati-hati.

Namun, teknik memandu dan sifat bertolak-ansur masih belum cukup untuk melindungi diri daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Begitu juga dengan nasib seorang penunggang motosikal yang berdepan detik cemas apabila dia jatuh tergolek daripada motosikal selepas terhempap dengan objek misteri.

Berdasarkan rakaman, individu terbabit menuggang motosikalnya seperti biasa sebelum tiba-tiba sebuah objek melayang seakan tayar lori ‘terbang’ ke arahnya.

Dia kemudian jatuh di atas jalan raya sementara motosikalnya merempuh penghadang jalan.

Beberapa individu yang berada di lokasi segera memberhentikan kenderaan mereka bagi membantu mangsa.

Bagaimanapun, keadaan mangsa selanjutnya dan lokasi sebenar kejadian tidak diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram