'Kawal makan nasi satu kerugian', 2 coach kongsi tip turun berat badan, cara pemakanan sihat 


  • Sihat
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Amalan diet seimbang antara yang dapat membantu penurunan berat badan di samping melakukan aktiviti fizikal. — Gambar hiasan

MEMILIKI berat badan ideal antara petanda menggambarkan tahap kesihatan seseoraang. Masakan tidak, sekiranya berat badan berlebihan individu terbabit dikhuatiri tergolong dalam kumpulan obesiti.

Sementara berat badan di bawah paras normal pula mampu menyebabkan kebimbangan dan dikaitkan dengan penyakit Anorexia Nervosa. Oleh itu pengambilan makanan seimbang perlu diambil kira termasuk melakukan aktiviti fizikal.

Menurut jurulatih kesihatan yang juga doktor perubatan, Dr Siti Nurbaya Eddy Warman atau dikenali sebagai Coach Ayu, kesedaran terhadap pemakanan seimbang dapat membantu untuk mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung atau darah tinggi.

majoriti2023 (8)

Katanya, penyakit kanser turut berpunca daripada diet tidak seimbang. Walaupun memiliki genetik penyakit keturunan, tetapi kesedaran terhadap pemakanan seimbang boleh membendung dan mengelakkan daripada terkena penyakit kronik.

“Kami berusaha memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai menerusi media sosial. Selain pengambilan jenis makanan seperti protein, karbohidrat dan sayur-sayauran, cara penyediaan juga mempengaruhi jumlah kalori.

“Pengambilan tujuh warna buah dan sayur sehari juga antara langkah nutrisi seimbang. Sebaiknya elak memasak menggunakan minyak yang banyak atau sudah lama digunakan. Ini kerana kandungan kalori akan meningkat.

majoriti2023 (9)

Sebagai contoh kentang dimasak gulai atau bakar. Selain bakar, cuba ubah cara memasak kepada kukus, rebus atau panggang dengan menggunakan campuran herba asli sebagai perisa,” jelasnya kepada Majoriti.

Sementara itu, suaminya, Ismail Jaafar atau Coach Ismail yang turut aktif sebagai jurulatih kesihatan selama 12 tahun memberitahu 80 peratus berat badan dipengaruhi oleh pengambilan makanan manakala 20 peratus lagi senaman.

Selain fokus kepada makanan, aktiviti fizikal seperti berjalan boleh dilakukan sekitar tiga kali seminggu.

“Paling penting lakukan pergerakan badan agar kalori yang diambil dapat berkurangan. Namun, sebaiknya kawalan pengambilan kalori perlu dilakukan secara sihat dan teratur agar berat badan dapat diturunkan atau dikekalkan,” katanya.

Perancangan hidangan

healthy-food-lunch-boxes-view

Mengulas lanjut mengenai cara penurunan berat badan, dianggarkan seseorang akan berasa lapar selepas tiga jam mengambil makanan. Oleh itu disaran mulakan hari dengan sarapan kemudian minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Dalam pada itu, Ismail menolak tindakan individu yang mengamalkan diet ekstrem seperti hanya makan 10 biji telur rebus sehari, minum air kosong sahaja atau hanya makan timun.

Baginya, diet makanan perlu berlanjutan untuk jangka masa panjang dan tidak membebankan. Mengehadkan makan nasi secara drastik antara satu ‘kerugian’ memandangkan hidangan tersebut menu ruji lebih-lebih lagi masyarakat Asia.

“Sampai bila kita hendak mengamalkan pemakanan begitu. Sebenarnya boleh makan nasi, tetapi gantikan dengan beras perang atau kawal pengambilan makanan menggunakan konsep suku, suku, separuh.

“Sekiranya kita mengamalkan diet ketat, perbuatan itu dalam membuatkan seseorang berasa tertekan dan mudah berputus asa jika tidak berlaku penurunan berat badan,” tuturnya.

Oleh itu, Siti Nurbaya dan Ismail melaksanakan misi makan sihat menerusi program dalam talian yang dikendalikan sejakmereka beberapa tahun lalu.

Pelbagai tawaran pilihan kelas kesihatan seperti pengambilan makanan, kandungan nutrisi, jenis senaman, dan menu penyediaan hidangan akan dikongsikan.

Terdapat juga nasihat penjagaan kesihatan berdasarkan makanan di Instagram coachismailayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram