Koleksi peribadi artis kesayangan, selebriti popular bakal jadi rebutan di ‘Car Boot Sale’ Cyberjaya 


  • Hiburan
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Artis popular memeriahkan acara car booth sale yang menjualkan pelbagai barangan peribadi dan produk di DXN Cyberville, Cyberjaya pada Sabtu. 

BARISAN selebriti popular julung kalinya terlibat dalam aktiviti jualan boot kereta yang diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya pada Sabtu, 10 Disember 2022.

Dianjurkan oleh DXN Lifestyle, acara yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu membariskan selebriti popular yang memasarkan variasi pilihan produk.

Selain berpeluang untuk beramah mesra secara terus dengan pengunjung, peminat juga dapat memiliki barangan daripada koleksi peribadi artis kesayangan mereka.

WhatsApp Image 2022-12-07 at 7.56.44 PM

Berikut antara perkara yang anda perlu tahu mengenai acara tersebut:

Barisan artis

Antara selebriti yang menyertai acara Car Boot Sale ini ialah Izreen Azminda, Wanna Ali, Syed Ali, bekas ahli VE Gegarvaganza yang kini ingin dikenali sebagai BSD (Bukan Sesiapa Dowh), Lan Solo, Issey Fazlisham, DJ Lin Suria FM dan Adzrin Azhar.

Pada masa sama pemilik rumah produksi Pencil Pictures And Records, Datuk Ayu Puteh akan memeriahkan acara bersama produk keluarannya, Wanders Exclusive Hijab.

Aktiviti

Pelbagai pilihan barangan dan makanan dijual selain beberapa aktiviti permainan seperti kuiz, teka-teki, pertandingan mewarna, lukisan wajah dan seni pasir.

Persembahan

Selain jualan pelbagai barangan dan makanan, acara tersebut bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan serta kemunculan pelakon sedang meningkat naik, Hariz Hamdan.

Apa kata artis

majoriti2022 (17)

“Saya akan menjual pakaian terpakai seperti blouse juga baju kurung dan ada antaranya masih belum dipakai. Sebelum ini saya pernah menjual pakaian menerusi Instagram dan sambutannya amat menggalakkan.

“Jadi, acara ini memang sangat ditunggu-tunggu dan berpeluang bertemu secara terus dengan pembeli begitu juga dengan pengunjung dapat melihat sendiri pakaian yang ingin dibeli,” kata Izreen Azminda.

“Kami buka perniagaan Solo Borneo Mart untuk memudahkan anak Borneo melepaskan kerinduan mereka terhadap makanan tradisi.

“Permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia dapat membuka ruang untuk pelanggan baru mencuba produk dari Borneo, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya,” kata Lan Solo.

“Acara seperti ini dilihat sebagai satu peluang yang bagus untuk kami kembali berniaga. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami memang berniaga, kemudian semuanya terhenti kerana penularan virus Covid-19,” kata Fakhiz BSD. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram