SEORANG kanak-kanak hampir menemui ajal apabila terjatuh dari sebuah kereta yang sedang bergerak pada Selasa lalu.
Menerusi video tular, pintu kenderaan itu dilihat terbuka sebelum kanak-kanak tersebut terjatuh dan terduduk di laluan lebuh raya dekat Iowa, Amerika Syarikat (AS).
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kereta berkenaan juga dilihat memberhentikan kenderaan selepas menyedari perkara tersebut.
Pemandu kereta terbabit bergegas turun dari kenderaan itu untuk membantu kanak-kanak tersebut.
Mujur beberapa kenderaan yang menggunakan laluan itu termasuk treler turut berhenti bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Menurut Jabatan Pengangkutan Iowa, kanak-kanak yang duduk di belakang kenderaan itu cuba keluar dari kereta tersebut atas sebab yang tidak diketahui.
Mangsa yang tidak didedahkan identiti itu dirawat di hospital dan hanya mengalami cedera ringan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
