'Dilabel tin kosong, sebenarnya mereka tak kenal saya' — Sany Hamzan


  • Politik
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Sany tak mahu masyarakat menilainya berdasarkan celahan, bukan perbahasan. — LOW LAY PHON/The Star

TERPEKIK-PEKIK dalam Dewan Rakyat hingga digelar tin kosong, bunyi kuat tapi isinya tiada.

Namun bagi Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan, dia menganggap apa diperkatakan terhadapnya kerana mereka tidak mengenali dirinya.

Saya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer dan sudah berbahas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Lihat dulu perbahasan saya dalam persidangan dewan negeri. Suasananya berbeza. Ada yang maki saya.

"Patutnya ada yang kena tengok video rakaman persidangan dari awal. Jangan tengok yang 'beruk' sahaja," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, tular di media sosial Sany ketika di Dewan Rakyat memanggil Ahli Parlimen Pendang 'beruk' sehingga menyebabkan situasi dalam dewan kecoh.

Jelasnya, dalam persidangan DUN, saya tidak pernah guna perkataan tidak elok atau menyerang peribadi orang lain.

Dalam pada itu, ditanya mengenai personalitinya yang agresif, jelas Sany, dia memang orang yang cepat marah.

Namun pada masa sama, dia juga seorang yang suka bergurau.

"Kalau ceramah, bercakap, inilah saya. Kalau Sany yang lembah lembut, itu bukan saya. Tak boleh pura-pura.

"Memang dari dulu lagi kalau saya ceramah pun, terus gear lima. Kadang-kadang salam pun tak bagi. Itulah saya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram