[VIDEO] Bayi 5 bulan dibawa main jetski, anak YouTuber berisiko cedera tulang belakang — Pakar


  • Benua
  • Jumaat, 06 Jan 2023

Ria Ricis dikecam membawa anaknya berusia 5 bulan bermain jetski ketika bercuti dalah sebuah tempat peranginan. — Agensi

TINDAKAN sepasang suami isteri membawa bayi perempuan mereka melakukan aktiviti lasak bermain jetski mengundang padah apabila dikecam warga maya.

Dalam satu video tular yang dimuat naik di halaman Twitter Naim Nawrouz memaparkan pasangan tersebut sedang bermain jetski di tengah lautan sambil lelaki tersebut menggendong anaknya.

Manakala wanita itu pula dilihat memegang kamera sambil merakam momen tersebut.

Namun begitu tindakan pasangan tersebut dianggap berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Naim turut mempersoalkan tindakan syarikat yang menyewakan jetski dan membenarkan pasangan tersebut membawa anak mereka.

"Aku nak tahu 'beach boy' mana yang bagi kebenaran," ciapnya.

Namun begitu, video yang tular berkenaan bukanlah orang tempatan seperti didakwa sesetengah warganet sebaliknya merupakan seorang YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis.

Memetik laporan media antarabangsa detik.com, video sebenar tersebut dimuat naik oleh Ria Ricis di halaman YouTube pada Isnin lalu.

Pada waktu kejadian, selebriti berusia 27 tahun itu dikatakan bercuti bersama suaminya, Teuku Ryan dan anak mereka, Cut Raifa Aramoana di salah sebuah pusat peranginan di Bali.

Walaupun mendapat respons positif di YouTube namun netizen Indonesia di laman Twitter mengecam tindakan Ria Ricis yang membahayakan nyawa anaknya.

Manakan tidak, bayi perempuan mereka yang baru sahaja berusia lima bulan lebih dikenali sebagai Moana itu tidak cukup kuat lagi untuk dibawa melakukan aktiviti lasak.

Seorang pengguna Twitter turut membandingkan tindakan Ria Ricis yang pentingkan diridengan tragedi bayi meninggal dunia ekoran sikap ibu bapanya yang membawa anak mereka menaiki motosikal selama 13 jam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak.

"Posisi di depan? Ingat kalau kena angin laut akan jadi ikan buntal? Teringat pula kisah seorang bayi meninggal dunia kerana bapanya ingin menonton bola sepak beberapa bulan lalu," katanya.

Malah ada juga yang mempertikaikan tindakan pasangan terbabit yang tidak memakai jaket keselamatan dan ego.

Sementara itu, seorang pakar kesihatan Indonesia Dr Muslim Kasim turut menegur tindakan selebriti berkenaan di akaun Instagram miliknya kerana aktiviti lasak tersebut boleh menyebabkan anaknya mengalami kecederaan di leher.

"Jangan ditiru aksi berbahaya seperti ini kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut cedera tulang belakang.

"Harap tidak berulang kembali kelakuan berbahaya seperti ini," tulisnya.

Hasil pemerhatian Majoriti di akaun YouTube Ria Ricis, ini bukanlah kali pertama Youtuber berkenaan membawa anaknya melakukan aktiviti lasak.

Sebelum ini juga, Ria Ricis pernah mendatangkan marah kepada warga maya kerana membawa anaknya bermain aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram