'Inilah penyepak rasuah', bodybuilder naik angin hanya menang 'blender'


  • Benua
  • Ahad, 01 Jan 2023

Shuvo berkata, kemarahannya bukan kerana menerima pengisar sebagai hadiah, tetapi dengan apa yang sedang berlaku di dalam Persekutuan Bina Badan Bangladesh yang jelas mengamalkan rasuah.

SEORANG atlet bina badan tidak dapat menahan kemarahannya apabila merasakan Persekutuan Bina Badan di negaranya mengamalkan rasuah.

Atlet bina badan Bangladesh, Jahid Hasan Shuvo tidak menghargai anugerah dengan menendang hadiah yang diberinya selepas menduduki tempat kedua dalam Kejohanan Bina Badan Kebangsaan 2022.

Shuvo berkata, kemarahannya bukan kerana menerima pengisar sebagai hadiah, tetapi dengan apa yang sedang berlaku di dalam Persekutuan Bina Badan Bangladesh yang jelas mengamalkan rasuah.

"Ini adalah satu tendangan kepada rasuah, apa-apa jenis rasuah di mana-mana tempat dalam negara kita.

"Seorang kanak-kanak pun boleh membezakan fizikal antara saya dan pemenang.

"Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf di atas tindakan saya, kerana tidak baik seorang atlet sukan berbuat demikian," katanya kepada media.

Bagaimanapun, Persekutuan Bina Badan Bangladesh telah mengambil tindakan terhadap Shuvo dengan menyekat dan melarang atlet itu daripada menyertai mana-mana pertandingan seumur hidup. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram