PEMILIK sebuah rumah di Makassar, Indonesia terkejut apabila menyedari terdapat ular sawa yang menyorok di atas siling rumahnya pada Ahad lalu.
Risau jika haiwan berbisa itu menyerang, pemilik rumah kemudian memanggil bomba untuk bantuan dan operasi mengeluarkan ular itu tular di media sosial.
Ini kerana saiz ular sawa bersaiz besar dan anggota bomba juga berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya.
Menerusi video tular itu, anggota bomba telah memecahkan siling luar rumah dua tingkat itu untuk menarik ular tersebut keluar.
Namun, usaha itu gagal kerana kedua-dua anggota bomba tidak mampu melawan tenaga ular itu yang masuk kembali ke dalam siling rumah.
Susulan itu, anggota bomba terpaksa meletak umpan untuk memancing ular tersebut sebelum mereka memecahkan siling untuk menangkap haiwan itu.
Ternyata, ular tersebut sangat besar dengan ukuran sepanjang enam meter.
Ular itu kemudian dimasukkan ke dalam karung beg sebelum dihantar semula ke lokasi yang lebih selamat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram