[VIDEO] Staf tak puas hati, 3 mangsa termasuk majikan maut ditikam, dibelasah guna batang besi


  • Benua
  • Isnin, 26 Dis 2022

Tangkap layar ramakan CCTV pekerja dan pemilik kilang ditikam oleh dua suspek yang juga merupakan kakitangan premis.

NGERI dan memilukan. Begitulah gambaran yang berlaku kepada tiga mangsa yang maut akibat dibelasah menggunakan batang besi dan ditikam dengan sebilah pisau oleh dua suspek dalam satu kejadian dipercayai berlaku pada Ahad.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis, dua individu terbabit dilihat mendatangi mangsa dan kemudian berlakunya perselisihan faham.

Kejadian yang berlaku di Surat, Gujerat, India itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati antara kakitangan kilang berkenaan.

Menurut jurucakap polis tempatan, suspek berjaya ditahan dan mereka berusaha untuk mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.

“Kedua-duanya sudah ditahan dan disoal siasat. Kami juga mencari motif pembunuhan itu boleh berlaku,” katanya.

Untuk rekod, dua daripada mangsa merupakan pekerja manakala seorang lagi merupakan pemilik kilang terbabit.

Insiden itu berlaku, sebaik sahaja pemilik premis mendapati salah seorang suspek tidur ketika waktu bekerja. Kedua-dua suspek turut dikatakan pekerja kilang yang sama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram