KETERUJAAN sebuah keluarga yang sedang bercuti bertukar menjadi detik hitam apabila ada di antara mereka menemui ajal.
Menerusi video tular, kumpulan tersebut pada mulanya dilihat sedang bersantai di atas batu di Air Terjun Tinubdan, di Catmon, dekat Cebu Utara, Filipina.
Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan kepala air melanda secara mengejut dari arah belakang menyebabkan mereka panik.
Ketika kejadian, kesemua mangsa dilihat bergegas menuju naik ke daratan bagi menyelamatkan diri daripada gelombang aliran air tersebut.
Difahamkan, insiden terbabit menyebabkan kematian beberapa individu termasuk kanak-kanak berusia 7 tahun.
Meskipun kejadian itu berlaku pada September 2021, namun ia tular semula di media sosial, lebih-lebih lagi kerana musim tengkujuh ketika kini.
Ia seolah-olah iktibar dan memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati jika berkunjung ke kawasan rekreasi sedemikian.
Video yang disiarkan di laman Twitter itu setakat ini sudah mengumpul hampir dua juta tontonan, dengan 17,200 tanda suka (likes) dan lebih 3,000 perkongsian semula (retweet). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram