TINDAKAN pantas anggota polis berjaya menyelamatkan nyawa dua wanita warga emas, yang sedang melintasi landasan kereta api Hoshangabad di Madhya Pradesh, India.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), seorang wanita dilihat menjunjung barangan di atas kepala, manakala seorang lagi membawa sebuah beg untuk melintas landasan kereta api tersebut.
Tidak beberapa lama kemudian, kereta api terbabit dilihat menghampiri kedua-dua wanita tersebut, sebelum mereka ditarik anggota polis ke atas platform.
Kementerian Kereta Api yang berkongsi rakaman video itu menghargai tindakan Pasukan Perlindungan Kereta Api dan Polis Kereta Api Kerajaan.
"Keselamatan diutamakan. Kakitangan menyelamatkan dua wanita warga emas yang melintasi landasan kereta api.
"Kami ingin mengingatkan anda supaya menggunakan jejantas untuk bergerak dari satu platform ke platform yang lain," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram