[VIDEO] 25 orang pelajar 'ghaib' ketika asyik berjoget


  • Benua
  • Khamis, 22 Dis 2022

Kesemua remaja tersebut menari dalam satu bulatan apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba.

SEBUAH majlis graduasi di Peru bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila lantai tarian runtuh yang mengakibatkan puluhan remaja terjatuh ke dalam lubang tersebut, lapor Daily Mail.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku apabila kesemua remaja berkenaan leka meraikan hari graduasi sekolah tinggi di wilayah San Martin.

Video yang dimuat naik pada 17 Disember lalu itu menunjukkan remaja-remaja tersebut menari dalam satu bulatan apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba dan membentuk lubang benam.

Selepas muzik dihentikan, tetamu yang lain bergegas membantu semua mangsa yang terjatuh dengan menarik mereka naik ke atas lantai.

Kesemua 25 remaja itu kemudian dikejarkan ke pusat kesihatan setempat, namun tiada kematian dilaporkan dan tahap kecederaan mereka tidak didedahkan.

Punca kejadian itu masih tidak dijelaskan, namun laman berita Trome melaporkan bahawa lantai itu diperbuat daripada kayu dan tidak dapat menampung berat kesemua remaja tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram