SEORANG pelajar putus tiga jari dan ditetak di kepala selepas terlibat dalam pergaduhan di Jalan Raden Inten, Kota Bandar Lampung, Indonesia.
Kejadian berlaku pada 20 Disember lalu itu kira-kira pukul 4.15 pagi melibatkan puluhan pelajar.
Ketua Polis Daerah Tanjungkarang Barat, Mujiono mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mangsa kini dirawat di Hospital Besar Wilayah Abdul Moelek, Indonesia.
"Berlaku pergaduhan antara pelajar yang mengakibatkan seorang cedera iaitu remaja yang dikenali sebagai EF, 16.
"Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan, putus tiga jari (dua jari telunjuk, jari tengah) serta lima tikaman di kepala," katanya.
Mujiono mendedahkan aksi pergaduhan itu melibatkan berpuluh-puluh pelajar dari dua buah sekolah.
Jelasnya, dua buah sekolah itu terletak di daerah Pesawaran dan Kota Bandar Lampung.
"Kita sedang menyiasat mereka dan proses pengecaman suspek sedang dilakukan. Kita juga sedang mengesan mereka menerusi kamera litar tertutup (CCTV)," katanya tanpa menyatakan motif pergaduhan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram