Mesin Harimau Malaya 'injured', fans resah hati siapa perlu tanggung?


  • Podium
  • Jumaat, 23 Dis 2022

Penyokong mempersoalkan pihak manakah yang akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan pemain Harimau Malaya sekiranya mereka mengalami kecederaan ketika diturunkan. — Facebook/FAM

PEMAIN pertahanan skuad kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee dijangka terlepas peluang untuk beraksi baki dalam saingan Piala AFF 2022 selepas mengalami kecederaan kaki ketika aksi pembukaan kumpulan B berdepan Myanmar pada Rabu.

Bukan itu sahaja, pemain berketinggian 1.8 meter itu berkemungkinan tidak dapat beraksi pada waktu yang agak lama dalam Liga Super musim depan untuk merehatkan diri.

Namun begitu, ia bukanlah menjadi isu hangat yang sedang diperkatakan dalam kalangan penyokong bola sepak negara.

Ini adalah kerana mereka lebih mempersoalkan pihak manakah yang akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan pemain berkenaan.

Manakan tidak, pemain berusia 29 tahun yang lebih mesra dikenali sebagai Jimmy dalam kalangan penyokong itu baru sahaja mengikat kontrak bersama skuad Gergasi Merah.

Kecederaan yang dialami Jimmy dilihat agak serius apabila dia dilihat menggunakan tongkat untuk berdiri dan ini merupakan satu berita yang kurang baik buat pasukan Selangor FC.

321485567_689657446066645_6064842748216863887_n

Kecederaan yang dialami Jimmy dilihat agak serius apabila dia dilihat menggunakan tongkat untuk berdiri. — Gambar FAM

Perkara itu rancak dipersoalkan dalam kalangan penyokong dalam media sosial dengan peminat, Cheff Syah di halaman Facebook JDTFC menyuarakan hal tersebut.

"Macam mana ini 'mesin' rosak pulak? Sapa nak tanggung kos baik pulih mesin (kos rawatan pemain)?," persoalnya.

Seorang penyokong Shah Rill berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menanggung kos kecederaan pemain terbabit dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab.

"Siapa cakap FAM tanggung? Kelab pemain itu sendiri yang tanggung kerana kalau FAM tanggung, Syamer Kutty buat pembedahan lutut sampai ke Barcelona," katanya.

Malah, ada penyokong yang sekiranya FAM melepaskan tanggungjawab diatas kecederaan Jimmy adalah tidak adil kerana pemain berasal dari Melaka itu baru sahaja mengikat kontrak.

Cikpin berkata, Piala AFF Suzuki tiada dalam kalendar FIFA dan kalau FAM tak nak tanggung, kelab perlu tanggung sendirilah walalupun tidak adil untuk kelab.

"Baru masuk dah keluar duit kos rawatan," katanya.

320704899_527301746123196_6818589842441007499_n

Jimmy baru sahaja mengikat kontrak bersama skuad Gergasi Merah. — Facebook Selangor FC

Sementara itu, Mohd Fitri membandingkan kelab-kelab Liga Malaysia berbanding Skuad Harimau Selatan yang sentiasa menjaga kebajikan pemainnya.

"Aku tak nak cakap banyak, semua kelab patut mencontohi Johor Darul Takzim (JDT) kerana pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan pemain mereka.

"Ini yang Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tak nak berlaku dalam pemain JDT, kalau cedera FAM lepas tangan. Tak apa, kita tengok apa tindakkan yang FAM akan ambil," katanya.

Pendapat Mohd Fitri itu turut dipersetujui seorang lagi penyokong, Muhammad Ridzwan Zamkhashri.

"Silap-silap FAM tak nak tanggung kos perubatan player Harimau Malaya. Macam kes Syamer Kutty, cedera main untuk skuad negara tetapi selepas itu JDT yang menanggung semua kos perubatan," katanya.

Untuk rekod, Jimmy sering menjadi pilihan bersama Negeri Sembilan FC dalam Liga Malaysia musim lalu dengan 23 penampilan dan berjaya melakukan dua bantuan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram