PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis yang dimasukkan ke hospital akibat serangan angin ahmar pada Isnin, tidak menungg lama untuk turun ke kawasan tanah runtuh Father's Organic Farm selepas dibenarkan keluar wad.
Menurutnya, beliau mahu memberi sokongan moral kepada anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Saya dibenarkan keluar hari ini (Khamis) jadi saya memutuskan untuk datang ke sini bagi memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam operasi SAR," katanya.
Norazam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya ketika dia dimasukkan ke hospital.
Norazam, dimasukkan ke Hospital Selayang selepas diserang 'minor stroke' atau angin ahmar ringan dan keletihan.
Sementara itu, JBPM Selangor mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm masih diteruskan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram