Selamat datang 2023! Apa kata cuba 5 hobi ini tahun depan


  • Hobi
  • Selasa, 20 Dis 2022

Pelbagai perkara boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang sekali gus menjadikan hobi yang bermanfaat.

PERNAHKAH merasakan kehidupan ini seperti satu skrip berulang-ulang dan boleh dikatakan hampir setiap hari melakukan perkara sama.

Tanpa sebarang perubahan, ia berpotensi membuatkan seseorang berasa hilang semangat dan ‘tawar hati’ untuk melakukan sesuatu.

Sekiranya begitu, apa kata lakukan perubahan dengan pilihan hobi baharu. Sempena kedatangan 2023, cuba cabar diri dengan melakukan perkara lain daripada kebiasaan.

Selain memberi dimensi baharu dalam kehidupan, aktiviti yang dilakukan juga dapat mencetuskan kemahiran mahupun menyumbang kepada pendapatan tambahan.

Berikut antara lima idea hobi yang boleh dilakukan pada tahun hadapan.

Mendaki gunung

Group of people is hiking in Norway mountains. Group of hikers with backpacks, tracking in the mountains.

Mendekatkan diri kepada alam semula jadi dapat membantu diri berasa lebih tenang.

Sambil menghirup segar, mendaki gunung juga dapat mendidik diri agar menghargai dan bersyukur dengan kekuasaan Yang Esa.

Bagi menjadikan pendakian lebih menarik, lakukan bersama ahli keluarga, rakan-rakan atau pasangan yang turut memiliki minat sama.

Bagi yang sendirian, tidak menjadi masalah kerana di media sosial terdapat pelbagai kumpulan untuk mendapatkan maklumat mahupun teman bagi melakukan sesuatu aktiviti.

Memasak

friends-cooking-japanese-food-together

Tidak tahu memasak bukan lagi alasan untuk 2023. Perkara itu boleh direalisasikan sekiranya luangkan masa untuk melakukannya.

Tidak kira sama ada menggunakan cara konvesional atau moden. Pelbagai cara seperti mempelajari daripada buku mahupun video YouTube dapat membuka ruang mendalami perkara baharu.

Oleh itu manfaatkan segala kelebihan yang ada untuk kebaikan.

Bermain alat muzik

Musical keys and acoustic guitar on a stand in an empty light room, blurred background.

Selain mengasah bakat dan menimba ilmu di sekolah muzik, teknologi masa kini seperti YouTube turut dapat membantu.

Mungkin perkara itu agak perlahan mahupun memberikan impak berbeza berbanding belajar terus daripada guru, tetapi sekurang-kurangnya aktiviti tersebut dapat memberikan kemahiran serta pengetahuan asas mengenai alat muzik.

Bagaimanapun tidak salah untuk melaburkan wang dan mempelajari kemahiran baharu dengan membeli peralatan muzik serta menghadiri kelas.

Kraftangan

wooden-art-pieces-painting-process

Mempelajari teknik membuat kraftangan mahupun perhiasan seperti subang, rantai dan cincin sesuatu yang boleh memberi kepuasan tersendiri.

Selain dapat dijadikan sebagai hadiah, pada masa sama barangan tersebut mampu dijadikan sumber pendapatan tambahan.

Apa lagi jom cuba hasilkan sesuatu yang boleh menceriakan hidup selain mengisi masa dengan lebih bermanfaat.

Perkhemahan

friends-setting-their-winter-camping-tent

Aktiviti ini dapat membentuk sifat berdikari dalam diri seseorang.

Perkhemahan juga dapat memberikan ketenangan dan keseronokkan lebih-lebih lagi apabila dilakukan di kawasan hutan berhampiran sungai.

Bagaimanapun, periksa keselamatan persekitaran bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Paling penting, peka dengan setiap perubahan dan sebaiknya jangan mengambil mudah terhadap hakisan tanah, kepala air dan hujan lebat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram