[VIDEO] Wanita 'high' mengamuk, cuba pukul polis guna botol arak


  • Benua
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Tangkap layar memaparkan tindakan wanita terbabit menggertak pegawai polis.

TULAR sebuah video memaparkan seorang wanita cuba menyerang pegawai polis dengan botol minuman keras dalam kejadian di Visakhapatnam, India pada Khamis.

Difahamkan, wanita itu bukan sahaja berada dalam keadaan mabuk malah, turut dikatakan khayal dadah jenis ganja.

Kejadian berlaku selepas seorang pegawai polis menegur wanita berkenaan kerana minum minuman keras dan menghisap dadah jenis ganja secara terbuka di tempat awam.

Berang dengan tindakan itu, wanita berkenaan tiba-tiba mengamuk dan cuba mencetuskan kekecohan di kawasan tersebut.

Wanita itu turut mengancam akan memukul pegawai polis berkenaan dengan botol minuman keras sekiranya tidak mahu beredar.

Bagaimanapun, tindakan wanita terbabit mengundang padah selepas dia ditahan tidak lama selepas kejadian.

Kejadian tersebut mengundang perasaan marah netizen terhadap wanita berkenaan yang disifatkan keterlaluan dan wajar diambil tindakan.

"Menjadi satu kesalahan kerana minum minuman keras ditempat awam, ditambah pula mengambil dadah. Tindakan wanita ini amat memalukan penduduk setempat," jelas Priyanka.

"Harap ada tindakan sewajarnya diambil terhadap wanita itu supaya dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain," kata Prakash.

"Inilah bahayanya sekira mengambil dadah, anda tidak sedar dengan perbuatan sendiri. Semoga dia belajar dari kesilapan," luah Latamengash.

"Banyak kesalahan boleh dikenakan ke atas wanita itu antaranya minum minuman keras secara terbuka, mengambil dadah dan cuba mengancam pegawai polis," jelas Navin Kumar. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

wanita, onar, botol arak, mabuk, khayal dadah, India, tular