[VIDEO] Hanya ada 2 pengikut, pasangan tak tahu malu mengaku Imam Mahdi, Ratu Adil


  • Benua
  • Khamis, 01 Dis 2022

Tangkap layar video lelaki itu memberikan ucapan bagi sesiapa yang mencari Imam Mahdi boleh hadir ke tempat tinggalnya di Kutatandingan Kerawang, Indonesia.

TULAR sebuah video di media sosial Indonesia sejak Rabu memaparkan seorang lelaki yang lengkap berpakaian hitam didampingi oleh dua orang wanita berbaju oren mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi dan mendakwa sebagai raja akhir zaman.

Lelaki yang berasal dari Kutatandingan Kerawang, Indonesia itu mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi dan telah muncul di daerah tempat tinggalnya serta mempunyai kemampuan untuk menghentikan segala bencana alam.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberikan ucapan bagi sesiapa yang mencari Imam Mahdi boleh hadir ke tempat tinggalnya itu.

Berdasarkan video berdurasi 46 saat itu, lelaki terbabit hanya mempunyai dua orang pengikut iaitu isteri-isterinya sendiri dan mengakui dia adalah raja akhir zaman.

Salah seorang isterinya dikenali sebagai Ratu Adil sementara identiti seorang lagi isterinya belum dikenal pasti.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai kritikan netizen.

"Percayalah bahawa pak cik ini tengah mabuk ketika memberi ucapan itu," kata Soekarno Uwais.

"Ini mesti isteri-isteri dia ada masukkan ubat apa-apa sebelum tidur semalam," ujar Randy 998

"Kalau mengaku Imam Mahdi cuba cakap Arab sebab Imam Mahdi boleh berbahasa Arab," jelas Suxyati.

Ketiga-tiga suspek dilaporkan sudah berada dalam perhatian polis Indonesia dan akan ditahan bagi siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram