[VIDEO] Kerana RM1, lelaki stres dibuli kena lenyek dengan kereta api


  • Benua
  • Rabu, 14 Dis 2022

Tangkap layar menunjukkan mangsa berdiri sebelum dirempuh kereta api berkenaan dalam kejadian di India baru-baru ini.

GARA-GARA perselisihan faham, seorang pemuda maut selepas dilenyek sebuah kereta api di Bharthana, Etawah, India baru-baru ini.

Sebelum itu, mangsa, Salim @Chhotu dilaporkan dipukul tujuh lelaki akibat perselisihan faham berkaitan duit bernilai 18.79 rupee (RM1) di stesen kereta api Mohalla Motiganj.

Mangsa dilihat berdiri di tengah laluan kereta api itu sebelum dirempuh di lokasi kejadian.

Abang mangsa, Shera Khan telah melaporkan insiden itu kepada pihak polis dan kesemua kediaman suspek telah diserbu untuk siasatan lanjut.

Suspek yang dikenali sebagai Bade alias Satish, Vikas Porwal, Lalji Porwal, Umesh Porwal, Lalla Mishra, Arun Dubey dan Ravi telah ditahan manakala beberapa pegawai polis pula ditempatkan di rumah mangsa bagi menjaga keselamatan keluarganya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram