[VIDEO] Ingatkan ada ilmu kebal, lelaki tak lut peluru 'shotgun' berdas-das akhirnya rebah terkena kelapa muda


  • Benua
  • Rabu, 14 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan suspek ditembak selepas cuba menyerang polis dengan menggunakan pisau. — Agensi

TULAR di media sosial pada Rabu sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bersenjatakan pisau cuba mengamuk untuk menyerang polis.

Kejadian berlaku berhampiran pasar awam Arapiraca di kawasan pedalaman Alagoas, Brazil dan sempat dirakam penduduk setempat.

Apa yang pelik dalam video tersebut ialah lelaki itu dilihat kebal walaupun polis telah beberapa kali menembaknya dengan menggunakan shotgun.

Malah, lelaki itu dilihat cuba menyerang pihak berkuasa dengan menggunakan pisau sehingga polis terpaksa berundur.

Namun, secara tiba-tiba seorang penduduk melemparkan sebiji kelapa muda ke arah lelaki itu yang akhirnya membuatkan dia tumbang.

Ibarat ilmu kebalnya tumpas dengan kelapa muda itu, lelaki itu kemudian melemparkan pisau yang dipegangnya dan menyerah diri.

Sementara itu, polis Alagoas dalam kenyataannya berkata, lelaki itu telah dibawa ke Hospital Kecemasan Agreste untuk rawatan lanjut selepas ditahan.

"Kita ada melepaskan tembakan kepada suspek selepas dia cuba menyerang anggota dan tidak mendengar arahan untuk menyerah diri.

"Namun tembakan yang dilepaskan juga adalah bertujuan untuk melindungi diri dan penduduk.

"Sasaran tembakan juga dihala ke arah anggota badan yang mempunyai potensi maut paling rendah," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram