[VIDEO] Ngeri! Kepala penunggang motosikal digilis van di Masai


  • Tular
  • Rabu, 14 Dis 2022

Tangkap layar video mangsa kelihatan dipercayai dilenyek di kepala yang mana menyebabkan van tersebut terangkat apabila melanggar mangsa.

SEORANG penunggang motosikal terlibat dalam satu insiden kemalangan apabila merempuh sebuah van berwarna putih di Masai, Johor pada Rabu.

Insiden terbabit berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di kawasan kejadian.

Ketika kejadian, sebuah van berwarna putih secara tiba-tiba ingin menukar laluan sebelum seorang penunggang motosikal dengan laju merempuh kenderaan terbabit.

Menerusi video itu, pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa terjatuh dan dilenyek oleh pemandu van berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 44 saat itu, mangsa kelihatan dipercayai dilenyek di kepala yang mana menyebabkan van tersebut terangkat apabila melanggar mangsa.

Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap penunggang motosikal itu berada dalam keadaan yang selamat.

"Biar betul! Van itu boleh teruskan lagi perjalanan walaupun motor itu dah langgar," jelas Mohd Noor.

"Ngeri! tengok kepala orang itu macam kena lenyek dengan van semoga tak jadi apa-apa," ujar Siti Maisarah.

"Semoga penunggang motosikal itu tak jadi apa-apa, sebab nampak macam kepala kena lenyek," kata Megat Shafik.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa sama ada mengalami kecederaan parah atau tidak.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram