PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kelantan pada Khamis untuk melaksanakan langkah-langkah kesiapsiagaan banjir.
Lawatan Timbalan Perdana Menteri itu juga bertujuan bagi mengenal pasti sebarang masalah berkaitan supaya ia dapat diperbaiki sebelum banjir berlaku.
“Ini merupakan pendekatan yang diambil kerajaan dalam isu banjir.
“Kita akan membuat persiapan dan mengambil langkah awal sebelum banjir berlaku supaya rakyat dapat dibantu dengan cepat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Ahmad Zahid, yang mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana negara pada Selasa, telah mengarahkan agensi untuk berjaga-jaga walaupun amaran banjir itu hanya satu ramalan.
Isu banjir dijangka melanda pada Sabtu, Ahmad Zahid memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua negeri yang terjejas akan diberi layanan sama rata dan saksama, tanpa mengira sama ada mereka sehaluan atau tidak dengan Kerajaan Persekutuan.
Ahmad Zahid berkata, ia kerana banjir memberikan kesan kepada semua rakyat dan menjadi tanggungjawab agensi kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada semua orang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram