Meriahkan aktiviti cuti sekolah lawat taman hidupan liar, jom semak senarai pilihan


  • Hobi
  • Khamis, 15 Dis 2022

Zoo boleh menjadi lokasi terbaik untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah.

MUSIM cuti sekolah bukan sahaja tidak sabar dinantikan oleh golongan pelajar, tetapi ibu bapa juga sentiasa menantikannya.

Ini kerana mereka juga berpeluang untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga tercinta sambil makan angin.

Bagaimanapun, musim cuti sekolah yang panjang membuatkan golongan ibu bapa tercari-cari idea untuk menghiburkan anak-anak.

Jangan risau! Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke taman hidupan liar bagi mengisi masa lapang.

Tidak hanya berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan, tetapi melakukan perkara begitu juga turut memberikan kenangan indah buat mereka.

Berikut antara pilihan taman hidupan liar yang boleh dilawati bersama keluarga:

Langkawi Wildlife Park

Tiket Masuk ke Langkawi Wildlife Park di Malaysia

Difahamkan, Langkawi Wildlife Park menempatkan lebih 150 spesis haiwan dan burung dari seluruh dunia seperti beruang, kancil, burung unta, rakun, guinea pig dan burung.

Menariknya, laluan pejalan kaki berbumbung dan kawasan pemeran tertutup dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat sebentar daripada sinaran matahari.

Farm In City

Children petting a Falabella miniature horse, one of the many animals at Farm In The City.

Terletak di Seri Kembangan, Selangor, Farm In The City boleh dikatakan antara ‘syurga’ bagi pencinta haiwan.

Berbeza dengan zoo atau hidupan liar biasa, Farm In The City, kebanyakan haiwan di sini dibiarkan bebas, namun masih terkawal.

Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan haiwan terbabit untuk merasai pengalaman lebih menarik.

Zoo Taiping & Night Safari

Copy_Of_091511TEPENG_NSTfield_image_socialmedia.var_1605838242

Sedikit fakta, Zoo Taiping dibina pada 1961, dan menjadi antara salah satu taman hidupan liar tertua di negara ini.

Dianggarkan sebanyak 180 spesis haiwan ada dipamerkan dan bersedia menerima lawatan pengunjung.

Bagi yang menginginkan pengalaman berbeza, Zoo Taiping menyediakan perkhidmatan safari malam atau night safari.

Pengunjung akan menaiki trem sekali gus dibawa melawat ke sekitar kawasan untuk melihat pemandangan berbeza dunia haiwan pada waktu malam.

Zoo Negara

KUALA LUMPUR, 5 Mac -- Zoo Negara kini dibuka semula kepada pengunjung dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika tinjauan hari ini.
SOP ketat tetap dilaksanakan dengan hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.Zoo Negara kembali dibuka kepada pengunjung bermula Jumaat ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung ke situ.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zoo Negara secara rasmi dibuka pada 1963 yang menempatkan kira-kira lebih 400 spesies haiwan mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Menggunakan konsep terbuka yang meliputi keluasan sekitar 110 ekar tanah.

Kawasan itu didedikasikan untuk pemulihan, rekreasi, pendidikan, dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan dan tumbuhan, termasuk haiwan terancam dan eksotik sperti orang utan, harimau Malaya, tapir dan panda gergasi.

Zoo Johor

The state government has channeled RM400,000 to carry out upgrade works at Zoo Johor to provide better living condition for the animals here in Johor Baru.— THOMAS YONG/The Star

Sekiranya berkunjung ke Johor, jangan lepaskan peluang ke Zoo Johor di Johor Bahru.

Sedikit maklumat, Zoo Johor dibina pada 1928 dan ini merupakan zoo tertua di Malaysia termasuk dalam senarai barisan antara zoo tertua di Asia.

Sebanyak 100 spesis haiwan yang berbeza termasuk harimau Indo-Cina, gajah, kuda nil dan unta.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram