MEMBACA al-Quran di dalan rumah merupakan perbuatan yang digalakkan dalam Islam. Selain itu membaca al-Quran juga satu ibadah paling utama bagi membentuk akidah.
Selain dapat dijadikan sebagai tiang agama, membaca al-Quran juga mempunyai pelbagai manfaat termasuk memperoleh ganjaran pahala.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baiknya ibadah umatku adalah membaca al-Quran.” (HR Al-Baihaqi)
Manfaat membaca al-Quran di rumah turut dinyatakan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang lebih besar.” (Surah Al-Israa, ayat 9)
Dengan itu, berikut antara kelebihan dan manfaat yang mampu diperoleh daripada melakukan bacaan al-Quran di rumah menurut portal Liputan6.
Penawar penyakit fizikal dan hati
ALLAH SWT berfirman: “Dan Kami turunkan di dalam al-Quran suatu yang menjadi ubat (penyakit manusia) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Israa, ayat 82)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan (membaca) petunjuk ALLAH (al-Quran). Ingatlah, hanya dengan membaca petunjuk ALLAH (al-Quran) hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’du ayat 28)
Rumah bercahaya
Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan rumah yang disebut nama ALLAH di dalamnya dengan rumah yang tidak disebut nama ALLAH di dalamnya adalah, seperti perumpamaan orang yang hidup dan orang yang mati.”
Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini terdapat anjuran untuk (banyak) berzikir kepada ALLAH (termasuk membaca al-Quran dan zikir-zikir lainnya) di rumah, dan hendaknya rumah jangan dikosongkan daripada berzikir kepada-NYA.”
Hadis ini menunjukkan bahawa rumah yang selalu diisi dengan bacaan al-Quran dan zikir akan selalu hidup dan bercahaya, serta menjadi motivasi bagi para penghuninya untuk giat melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT.
Menghalau syaitan
Syaitan merupakan musuh utama manusia kerana selalu mengajak melakukan kejahatan dan kemungkaran.
ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Surah Faathir, ayat 6)
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kuburan dengan tidak pernah mengerjakan solat dan membaca al-Quran di dalamnya, sesuangguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.” (HR At-Tirmidzi)
Berasa jiwa lebih aman
ALLAH akan memberikan jiwa dan hati yang tenang kepada sesiapa yang membaca al-Quran dan mengingatkannya. ALLAH memastikan sesiapa membaca al-Quran akan mendapat ketenangan batin dan fikiran.
ALLAH SWT berfirman: “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
Memperoleh rahmat dan lindungan
Mengaji al-Quran dalam keadaan hari yang sabar dan tenang dapat mendatangkan rahmat daripada ALLAH SWT. Para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripda segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang yang membaca kitab al-Quran.
Membaca al-Quran juga mampu dianggap sebagai membaca doa kepada ALLAH sekali gus meningkatkan cara cinta kepada Sang Pencipta. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram